Sudut Tamak Pahala HPUPM: Free Food & Food Bank | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» NEWS » Sudut Tamak Pahala HPUPM: Free Food & Food Bank

Sudut Tamak Pahala HPUPM: Free Food & Food Bank

Alhamdulillah di HPUPM telah diadakan Sudut Tamak Pahala. Sehingga kini, ramai penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan. Pihak kami mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk sama-sama memberi sokongan kepada program ini.
 
1. FREE FOOD berkonsepkan belian Kupon Free Food di Lanai Café HPUPM. Kupon yang dibeli dengan harga dan menu tertentu boleh dipilih di Lanai Cafe.

Kupon tersebut akan diletak di dalam rak yang berada di 5 lokasi di HPUPM iaitu :
a. Pintu masuk Lanai Café
b. Eskalator (berdekatan FMC)
c. Hadapan pejabat MSSU
d. Lobi Utama
e. ResQ

2. FOOD BANK iaitu pemberian barangan mentah oleh mana-mana penyumbang yang ingin memberi seperti beras, susu, tepung, gula, bihun atau apa sahaja barangan mentah yang ingin diberi. Barangan mentah diletakkan dalam rak Sudut Tamak Pahala di lokasi yang tertera di atas.

Penerima : Sesiapa sahaja yang memerlukan – pesakit/orang awam/pekerja/pelajar jemput untuk mengambilnya.

Bagi penyumbang luar HPUPM yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke:

AKAUN BANK ISLAM
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
No akaun : 1401 4010 1566 83
Catatan : Sudut Tamak Pahala

InshaaAllah sesiapa yang ingin memberi, inilah medium yang sesuai. Sesiapa yang memerlukan, jemput ambil.
“Semoga setiap sumbangan kita memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.”
   
   

Date of Input: 04/09/2020 | Updated: 04/09/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

SEE ALSO
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXDdVAL~