SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN “HYPER LIGHT DISINFECTION ROBOT” DARIPADA YAYASAN BUDDHIST TZU CHI KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN “HYPER LIGHT DISINFECTION ROBOT” DARIPADA YAYASAN BUDDHIST TZU CHI KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG

SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGAN “HYPER LIGHT DISINFECTION ROBOT” DARIPADA YAYASAN BUDDHIST TZU CHI KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG

29 September – Simbolik Penyerahan Sumbangan “Hyper Light Disinfection Robot” daripada Yayasan Tzu Chi kepada Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah diadakan.

Simbolik penyerahan yang diadakan secara tertutup ini bertujuan bagi menyempurnakan sumbangan “Hyper Light Disinfection Robot” kepada HPUPM dan telah diadakan secara hibrid iaitu secara langsung dan secara atas talian seiring dengan norma baharu.

Simbolik penyerahan yang diadakan bermula pada jam 2.30 petang ini dihadiri oleh tetamu kehormat, YBhg. Prof. Madya Dr. Muhammad bin Mohd Isa, Pengarah HPUPM; YBhg. Puan Sri Tong Siew Bee, Timbalan CEO Yayasan Tzu Chi; En. John Koh, Pengarah Precision Meditech (M) Sdn. Bhd.; dan Pn. Florence Chiang, Ahli Lembaga Pengarah Mediland Enterprise Corporation yang hadir ke simbolik secara maya kerana berada di Taiwan.

Satu unit “Hyper Light Disinfection Robot” telah disumbangkan oleh pihak Yayasan Tzu Chi kepada HPUPM. Simbolik penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Pengarah HPUPM dan YBhg. Puan Sri Tong Siew Bee.

Pihak HPUPM merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yayasan Tzu Chi atas usaha murni mereleasasikan sumbangan ini bagi membantu petugas barisan hadapan melaksanakan tugas dalam mendepani pandemik Covid-19.

Diharapkan agar simbolik ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara HPUPM, Yayasan Tzu Chi, Mediland Enterprise Corporation dan Precision Meditech (M) Sdn. Bhd. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Date of Input: 02/10/2021 | Updated: 02/10/2021 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJQAN:16:01