PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» NEWS » PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN

PROGRAM SUMBANGAN PRIHATIN

SERDANG, 28 April – Hospital Pengajar UPM (UPM) dengan Kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah mengadakan Program Sumbangan Prihatin bertempat di Lobi Utama HPUPM.

Seramai 106 petugas telah diraikan dalam program ini terdiri daripada petugas-petugas keselamatan dan pembersihan HPUPM. Sumbangan yang diberikan adalah berupa barangan mentah (beras, gula, kicap dan tepung) yang disalurkan oleh WAZAN UPM.

Program ini diadakan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi dan bagi mewarnai bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan aktiviti bersedekah.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah disempurnakan oleh En. Zuhaimi Abdul Rahim, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Endowmen WAZAN UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 04/05/2021 | Updated: 04/05/2021 | amirahhani

MEDIA SHARING

SEE ALSO
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXETHAu~