Pembedahan Robotik Di HPUPM Selari Dengan I.R 4.0 | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pembedahan robotik di HPUPM selari dengan I.R 4.0

Pembedahan robotik di HPUPM selari dengan I.R 4.0

         

Serdang, 15 Mei - Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia telah melakar sejarah, berjaya menjalankan pembedahan kes kanser buah pinggang secara pembedahan robotik. HPUPM merupakan institusi kesihatan ke empat di Malaysia yang menawarkan pembedahan secara robotik.

Kaedah pembedahan secara robotik HPUPM dimulakan oleh pasukan Urologi yang diketuai oleh Ybhg Prof Madya Dato' Dr Khairul Asri dan perkhidmatan ini akan melebarkan sayap ke jabatan jabatan seperti kepakaran telinga, hidung & mulut, pembedahan am dan sakit puan pada masa akan datang.

Pembedahan robotik inaugural semalam secara rasminya telah menyahut seruan kerajaan yang ingin membawa negara kita kearah IR 4.0 dan HPUPM berbangga dapat bersama sama dalam menjayakan seruan ini.

Date of Input: 15/05/2020 | Updated: 15/05/2020 | hirfarizan

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
03 00000000
C1597447039