Majlis Pertukaran MoU Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Majlis Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd

Majlis Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd

 

Serdang, 23 Disember 2021 – Bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam bidang pengurusan sisa kitar semula dan merealisasikan hasrat Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk terus mengungguli Green Metric University Ranking sejak tahun 2021, Hospital Pengajar UPM (HPUPM) menjadi peneraju kepada Majlis Pertukaran MoU antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd bagi Program Rewards S@S.

Pertukaran MoU tersebut telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, YBhg, Prof Dr. Nazamid Saari dan Ketua Pegawai Operasi Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd dan disaksikan oleh Pengarah Hospital Pengajar UPM, Prof Madya Dr. Muhammad bin Hj. Mohd Isa.

Kesudian Alam Flora Environmental Solutions (AFES) Sdn. Bhd dengan kerjasama UPM dapat memberikan impak yang besar terhadap usaha yang dilakukan dalam mempromosi dan meningkatkan tahan kesedaran pelbagai lapiran masyarat terhadap kitar semula.

Pelbagai aktiviti kitar semula dirancang untuk diadakan di HPUPM dan UPM. Antara salah satu program bersama AFES ialah Program RewardS@S Tukarkan Barangan Kitar Semula dengan Menebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas pada setiap pembuangan barangan kitar semula ke dalam tong rewardS@S yang terletak di Lobi EDU. Dengan mata ganjaran yang dikumpulkan boleh menebus mata di pelbagai outlet makanan dan minuman.

 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 29/12/2021 | Updated: 29/12/2021 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CVBUEAw:04:46