Kempen Derma Darah, HPUPM 2021 | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Kempen Derma Darah, HPUPM 2021

Kempen Derma Darah, HPUPM 2021

Pada, 22 Februari 2021, bertempat di Foyer Dewan Banquet, HPUPM telah diadakan program Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN). Ini adalah Kempen Derma Darah yang pertama dianjurkan oleh HPUPM.

Antara objektif program ini adalah membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di Pusat Darah Negara semasa fasa PKP dan pandemic COVID 19.

Seramai 24 Ahli Jawatankuasa telah di lantik di kalangan staf Paramedik, Pentadbiran dan Unit Perhubungan Awam HPUPM bagi program tersebut. PDN pula telah di bantu oleh kakitangannya sejumlah 13 orang yang terdiri dari Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan seramai 150 orang yang telah turut serta dalam program ini namun hanya  90 orang yang layak  menderma selepas saringan oleh Pegawai Perubatan.

Jumlah ini melebihi  sasaran penganjur iaitu  50 orang sahaja. Penyertaan pada kali ini melibatkan kakitangan UPM, pelajar dan orang awam yang berkunjung ke HPUPM.

Pihak menganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyertai kempen derma darah ini.

Semoga program ini dapat dijalankan pada masa akan datang bagi membantu PDN mendapatkan bekalan darah bagi pesakit yang memerlukan.

 

 
 
 
 

Date of Input: 11/03/2021 | Updated: 19/03/2021 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
03 00000000
BVMUCzF:02:51