HPUPM Terima Dua Buah Ambulans Baru | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» NEWS » HPUPM terima dua buah ambulans baru

HPUPM terima dua buah ambulans baru

SERDANG : Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) menerima dua buah ambulans baru berserta peralatan perubatan sebagai salah satu inisiatif bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada orang awam semalam. Majlis penyerahan yang diadakan di HPUPM dihadiri oleh Pengarah Hospital, Prof Madya Dr Hj Muhammad Mohd Isa, Wakil Pengurusan HPUPM, Staff HPUPM serta wakil vendor perolehan ambulans.

Pada majlis ini wakil Raudhah Healthcare Sdn. Bhd. En Nadzirul Ibrahim telah menyampaikan replika kunci ambulans kepada HPUPM yang diwakili oleh Pengarah HPUPM. Perolehan ambulans ini merupakan salah satu perancangan serta usaha Universiti Putra Malaysia bagi menaiktaraf kemudahan hospital terutama dalam rawatan kes kecemasan.

Prof. Madya Dr Hj Muhammad Mohd Isa berharap dengan adanya aset dan kemudahan yang canggih, akan dapat memastikan orang awam dapat menikmati kualiti perkhidmatan kesihatan yang terbaik dari HPUPM.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 26/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

SEE ALSO
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXETWA4~