HPUPM Raih Anugerah Dalam National Conference Of Nuclear Medicine: Kuala Lumpur 2020 | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» NEWS » HPUPM raih anugerah dalam national conference of nuclear medicine: Kuala Lumpur 2020

HPUPM raih anugerah dalam national conference of nuclear medicine: Kuala Lumpur 2020

KUALA LUMPUR : Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah meraih dua anugerah sempena National Conference Of Nuclear Medicine : Kuala Lumpur 2020 yang diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur pada 7 Oktober.

Program anjuran Nuclear Medicine Department, Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya dengan kolaborasi Malaysia Society of Nuclear Medicine & Molecular Imaging (MSNMMI) ini bertemakan Dosimetry in Targeted Radionuclide Therapy.

Dr. Khairul Aliff bin Khairuman telah meraih tempat ketiga dalam konfrensi tersebut dengan tajuk Neuroendocrine Tumor (NET) of the Sphenoid Sinus : A Rare Encounter on the Ga68-DOTATATE PET/CT dalam kategori poster. Manakala Dr. Syed Ejaz Shamim Syed Reyaz Uddin Ahmed pula telah dipilih sebagai moderator dalam seminar berkenaan.

HPUPM telah diwakili oleh empat (4) orang pegawai perubatan iaitu Dr. Syed Ejaz Shamim Syed Reyaz Uddin Ahmed, Dr. Ahmad Danial bin Ahmad Shahrir, Dr. Khairul Aliff bin Khairuman dan En. Mohd Nawawi bin Abdullah dari Unit Pengimejan Nuklear, HPUPM.

Penglibatan dan pengiktirafan yang diterima ini harus dijadikan contoh kepada warga HPUPM dalam menaikkan lagi semangat untuk terus menyumbangkan kepakaran serta menaikkan imej HPUPM khasnya dan UPM umumnya bukan sahaja di seluruh Malaysia malah di seluruh dunia.

 
 
 

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

SEE ALSO
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXDdXAm~