UNIT KECEMASAN STROK RESQ | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» JABATAN » UNIT KECEMASAN STROK RESQ

UNIT KECEMASAN STROK RESQ

                  

Inisiatif Regional Emergency Stroke Quick Response (RESQ) ialah salah satu tunjang utama dalam penjagaan strok HPUPM. Inisiatif ini bertujuan menyediakan perkhidmatan strok hiperakut paling maju dan efektif, terutamanya dalam trombolisis perubatan dan trombektomi mekanikal. Rawatan ini dapat memulihkan aliran darah ke otak dengan segera.

Strok ialah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia hari ini dan penyebab utama kehilangan upaya jangka panjang serius di kalangan orang dewasa. Dalam mendapatkan keputusan klinikal pesakit strok yang lebih baik, strok perlu didiagnosis dan dinilai dengan segera supaya rawatan yang efektif dapat diberikan dalam tempoh beberapa jam selepas pesakit diserang strok.

Unit Kecemasan Strok RESQ beroperasi sebagai barisan hadapan bagi kecemasan strok. Fungsi utama unit ini ialah memberikan penaksiran dan penilaian segera akut bersama-sama dengan pasukan neurologi, radiologi serta radiologi intervensi dan seterusnya memulakan rawatan akut yang sesuai. Selain itu, unit ini bertindak sebagai bahagian resusitasi dan penstabilan utama bagi sebarang situasi kecemasan perubatan yang berlaku di hospital.

Kemaskini:: 23/06/2020 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

WWCDGAV:06:10