JABATAN PSIKIATRI | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» JABATAN » JABATAN PSIKIATRI

JABATAN PSIKIATRI

                       

Jabatan Psikiatri merupakan sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan psikiatri dan psikologi klinikal kepada orang awam merangkumi pesakit dewasa, kanak-kanak, remaja dan warga emas. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk untuk pesakit luar dan perkhidmatan wad kemasukan bagi pesakit yang akut. Di samping itu, jabatan ini juga menyediakan fasiliti bagi pembelajaran untuk program perubatan, kepakaran psikiatri dan psikologi klinikal yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), aktiviti penyelidikan serta perundingan dalam bidang psikiatri. 

Perkhidmatan psikiatri di jabatan ini dijalankan oleh sekumpulan pakar, pegawai perubatan dan anggota paramedik yang berdedikasi tinggi dan komited dalam memberikan perkhidmatan psikiatri yang holistik dan komprehensif. Di samping itu, jabatan juga komited dalam menyediakan program-program yang membantu dalam pencegahan masalah penyakit mental melalui pendidikan kesihatan kepada orang awam. Secara keseluruhan, jabatan mempunyai matlamat untuk memberi perkhidmatan psikiatri dan psikologi klinikal yang selari dengan tagline Hospital UPM (HPUPM) iaitu “Providing Extraordinary Care Together”.

Kemaskini:: 26/06/2020 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

WWCDFAy:05:49