JABATAN PERUBATAN REHABILITASI | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» JABATAN » JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

                          

Perubatan Rehabilitasi merupakan satu cabang dalam bidang perubatan yang menekankan kepentingan perkhidmatan berteraskan pelanggan (client-centred). Di HPUPM, Jabatan Perubatan Rehabilitasi  terdiri daripada empat unit iaitu: 

  1. unit perubatan rehabilitasi klinikal
  2. unit pemulihan carakerja
  3. unit pemulihan anggota (fisioterapi)
  4. unit pemulihan pertuturan

Bidang Perubatan rehabilitasi kini amat diperlukan dalam perkhidmatan kesihatan di seluruh dunia. Kemajuan bidang perubatan membawa kepada kelangsungan hidup (survival rate) yang tinggi menyebabkan manusia dapat hidup lebih lama walaupun menghidapi penyakit-penyakit kronik atau keadaan kefungsian yang terganggu. Walaubagaimanapun, ini memberi kesan yang besar samada secara langsung atau tidak langsung melibatkan kos perawatan yang tinggi, produktiviti yang rendah dan kualiti hidup yang terjejas. Oleh yang demikian, bidang perubatan rehabilitasi merupakan satu perkhidmatan yang dapat mengurangkan tekanan ekonomi secara amnya, meningkatkan kualiti hidup dan kefungsian individu yang terjejas.

Bidang perubatan rehabilitasi memberikan perkhidmatan holistik melalui penilaian, diagnosa, pencegahan, rawatan rehabilitasi termasuk intervensi klinikal, integrasi kepada persekitaran pesakit (i.e. rumah, sekolah, tempat kerja, komuniti) dan penilaian susulan yang berterusan.

Kemaskini:: 15/07/2020 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

WWCDFAT:05:46