JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» JABATAN » JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

   
  

 

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi adalah salah sebuah jabatan klinikal di Hospital Pengajar UPM yang berfungsi dan beroperasi bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan terkini serta teknologi yang bersesuaian bagi melahirkan komuniti wanita dan keluarga yang sihat. Jabatan Obstetrik dan GinekologiL, Hospital Pengajar UPM mula beroperasi secara berperingkat semenjak 9 Disember 2019. Jabatan ini memulakan perkhidmatan dalam operasi subkepakaran Reproduktif dan Infertiliti kemudian dikembangkan kepada perkhidmatan Maternal-Fetal dan Ginekologi dengan adanya subkepakaran dari Pakar-pakar yang terlatih. Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi beberapa daerah dalam Negeri Selangor. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ini juga turut menerima banyak rujukan-rujukan dari Pusat Kesihatan UPM, Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta dari luar kawasan liputan Lembah Klang.

 

Perkhidmatan Pesakit Luar:

  • Pusat Kemasukan Pesakit Obstetrik dan Ginekologi (OGAC)
  • Unit Penilaian Awal Kehamilan (EPAU)
  • Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
  • Putra IVF Centre

 

Perkhidmatan Pesakit Dalam:

  • Wad Obstetrik (28 katil)
  • Wad Ginekologi (28 katil)
  • Dewan Bedah Am/GOT
  • Dewan Bedah Materniti/MOT (2 Bilik Bedah)
  • Dewan Bersalin (10 Kamar Bersalin dan 4 katil HDU)

 

Visi:

Menjadi jabatan yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang perawatan dan latihan Obstetrik dan Ginekologi serta menjadi pusat rujukan dalam penjagaan kesihatan untuk wanita, bayi dan keluarga mereka.

Misi:

Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada wanita, bayi dan keluarga mereka termasuk memastikan latihan anggota yang berterusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

Kemaskini:: 16/03/2022 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

WWCDGAk:06:01