Positif Covid-19 Melebihi 10,000 Kes Jika Tiada PKP | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» HEALTH INFORMATION » 2020 » Positif Covid-19 melebihi 10,000 kes jika tiada PKP

Positif Covid-19 melebihi 10,000 kes jika tiada PKP

**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris**
**Artikel ini telah diterbitkan di sinarharian.com pada 1 April 2020.**

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 31 Mac 2020

(Anggota tentera membantu pihak polis ketika mengadakan sekatan jalan raya bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Gambar kecil: Haliza Abdul Rahman)

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya mengekang penularan jangkitan Covid-19 daripada tersebar pantas dalam kalangan rakyat.

 

Pensyarah Jabatan Persekitaran dan Pekerja, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, sekiranya PKP tidak dilaksanakan, angka kes positif Covid-19 di negara ini akan melebihi 10,000 kes.

“Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang di Amerika Syarikat kerana mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengekang penularan Covid-19 lebih awal.

“Di Malaysia, kita mendapat pujian antarabangsa di atas pelaksanaan PKP berbanding negara lain seperti Itali dalam usaha mengekang penularan wabak.

“PKP sangat bagus memandangkan budaya hidup masyarakat kita suka balik kampung, lepak kedai mamak dan melakukan aktiviti berkumpulan.

"Jika tiada sekatan, pasti ramai yang akan balik kampung,” katanya.

Beliau berkata, meskipun 97 peratus rakyat negara ini patuh terhadap PKP, namun ia tidak menggambarkan kadar pematuhan di semua kawasan terutama di zon merah.

Menurutnya, PKP turut memberi kesan kepada mental dan emosi dan psikologi rakyat kerana kebanyakan generasi hari ini lahir selepas peristiwa 13 Mei.

“Mereka tidak pernah mengalami situasi perintah berkurung di dalam rumah selain berdepan masalah ekonomi seperti penjaja kecil.

“Inisiatif kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sangat bagus walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati,” katanya.

Updated:: 05/05/2020

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5002
03 0000 0000
C1590468175