Kata Aluan | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» DEPARTMENTS » GENERAL ADMINISTRATION OFFICE » Kata Aluan

Kata Aluan

Selamat datang ke laman web Pentabdiran Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Alhamdulillah dan terima kasih atas kunjungan laman web pentadbiran HPUPM. Pentadbiran merupakan entiti utama dalam pentadbiran HPUPM melibatkan governans, kualiti, pentadbiran, pengurusan sumber manusia, fasiliti dan aset, rekod perubatan, dan pembangunan perniagaan dan inovasi. Di samping itu juga, pejabat pentadbiran turut menempatkan kewangan, teknologi maklumat dan bahagian undang-undang yang merupakan komponen penting dalam pengurusan HPUPM.

 

Hospital Pengajar UPM terbina atas usaha gigih kepimpinan universiti dan warga perubatan UPM bagi merealisasikan hasrat memberikan penawaran program perubatan dan sains kesihatan berkualiti dan berdaya saing. Ia menyokong misi Kerajaan bagi melestari kesejahteraan dan kesihatan rakyat. Almarhum Dato’ Radin Umar Radin Sohadi, mantan Naib Canselor UPM adalah antara penggerak utama dalam usaha ini. Usaha gigih, tanpa mengenal putus asa bersama kepimpinan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, telah berjaya merealisasikan pembinaan Hospital Pengajar UPM. Pembinaan Hospital ini bukan tujuan milik dan manfaat kepada UPM, tetapi yang lebih penting kepada pembangunan kapasiti dan kesejahteraan negara. Apa yang penting ialah dalam setiap apa yang dilaksanakan, negara mendapat faedah. Model National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan dijadikan asas bagi memeterai kesepakatan antara Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan, Hospital Serdang dan Hospital Pengajar.

 

Providing Extraordinary Care Together merupakan slogan Hospital Pengajar UPM. Slogan ini menggambarkan secara tidak langsung terhadap prinsip dan semangat yang digerakkan sehingga terbinanya Hospital Pengajar UPM. Prinsip ini diterapkan kepada warga Hospital Pengajar bagi memberikan yang terbaik dan sentiasa mencari yang terbaik dan luar kelaziman untuk kesejahteraan serta kebajikan pelanggan. Namun usaha ini, tidak lahir secara sendiri. Ia memerlukan komitmen dan sokongan semua pihak dalam kalangan warga staf, pelajar, dan masyarakat untuk bekerjasama untuk mencapai hasrat yang sama, iaitu peningkatan kualiti hidup masyarakat dalam jangka masa panjang.

 

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan maklum balas membina kepada pengurusan HPUPM. Maklum balas yang diberikan membuka peluang kepada pengurusan HPUPM untuk meningkatkan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan dan penjagaan kesihatan secara lestari. Kami sentiasa mendoakan agar para pelanggan kami diangkat akan kesusahan, diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga HPUPM saling lengkap melengkapi dan dapat memberikan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada anda semua.

Terima kasih.

 

MOHD NAZRI BIN MD YASIN

Timbalan Pendaftar

 

Updated:: 28/09/2020 [hirfarizan]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
BVMECf2~