JABATAN RADIOLOGI | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» JABATAN » JABATAN RADIOLOGI

JABATAN RADIOLOGI

 

    

Jabatan Radiologi berperanan untuk memberi perkhidmatan radiologi yang bernilai diagnostik di samping mengamalkan perlindungan radiasi berdasarkan Prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) kepada pelanggan dan kakitangan. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi perkhidmatan radiografi am dan radiografi khusus. Jabatan ini sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan 24 jam kepada pesakit terutamanya bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan perawatan segera dan kritikal. Terdiri daripada 8 unit perkhidmatan iaitu Unit Radiografi Am, Unit Densitometri, Unit Ultrasound, Unit Pengimejan Payudara, Unit CT Scan, Unit MRI, Unit Intervensi dan Unit PACS yang memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar. Di samping itu, jabatan ini juga memberikan perkhidmatan rundingan radiologi, nasihat klinikal dan persidangan radiologi bersama jabatan lain di HPUPM yang memerlukan khidmat rundingan. Jabatan Radiologi beriltizam memberi perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisien dan kos efektif. Membudayakan pembelajaran perubatan berterusan, beraspirasi menjadi jabatan yang terkehadapan dalam pendidikan radiologi, penyelidikan dan menjadi Pusat Kecemerlangan yang mempunyai peralatan pengimejan diagnostik tercanggih dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan berkualiti.

Kemaskini:: 03/09/2020 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

BVLdVAk:21:54