Professional Services | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» DEPARTMENTS » DEPARTMENT OF ANAESTHESIOLOGY AND INTENSIVE CARE » Professional Services

Professional Services

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi (dahulunya Unit Anestesiologi) mula beroperasi sejak tahun 1999. Perkhidmatan klinikal telah bermula dari Hospital Kuala Lumpur (1999 hingga 2007), Hospital Serdang (2007 hingga kini) dan kini utamanya di Hospital Pengajar UPM (HPUPM) sejak November 2019.

Sehingga sekarang, Jabatan ini diterajui oleh 5 Pensyarah Akademik, 3 Pakar Klinikal , 7 pegawai perubatan dan staf sokongan. Jabatan masih lagi mencari peluang untuk percambahan tenaga kerja bagi menampung keperluan servis klinikal berteraskan kepada keselamatan pesakit dan akademik. Selain itu Jabatan juga bertanggungjawab untuk melatih perintis-perintis pakar perubatan anestesiologi di dalam kursus pascasiswazah ‘MMed Anaesthesiology’.

Di HPUPM, kami bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perawatan intensif untuk pesakit kritikal di ‘Intensive Care Unit (ICU) mengikut standard dan protokol’, perkhidmatan ‘periopeative’ secara menyeluruh untuk pesakit memerlukan bius semasa pembedahan dan rawatan kesakitan akut. Jabatan juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar untuk  rujukan penilaian awal pesakit yang memerlukan bius semasa pembedahan yang bertempat di ‘Daycare HPUPM’ membolehkan pelan rawatan adalah ‘tailor made’ khusus kepada pesakit yang dirujuk bagi memastikan keselamatan dan pengurangan risiko semasa pembedahan.

Kelebihan Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi  HPUPM walaupun baru beroperasi pada tahap 25% kapasiti penuh :

 

  1. Antara beberapa hospital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ‘perioperative anaesthesia’ dan rawatan rapi bagi pesakit yang menjalani pembedahan robotik.
  2. Perkhidmatan sokongan dari segi resusitasi, bius dan rawatan rapi kepada pesakit ‘stroke’ secara umum dan khususnya yang memerlukan rawatan ‘thrombectomy’.
  3. Kemudahan Indirect Calorimetry menggunakan alatan terkini bersama Jabatan Dietik di Unit Rawatan Rapi, HPUPM, bagi memastikan keperluan nutrisi pesakit kritikal di tahap yang optimum.
  4. Merupakan pusat latihan untuk kursus pascasiswazah dalam bidang anestesia dan rawatan rapi

 

Perkhidmatan:

Skop perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan adalah:

  1. Rawatan ‘perioperative anaesthesia’ untuk pembedahan elektif dan kecemasan di dewan bedah utama tingkat tiga.
  2. Perkhidmatan kesihatan akut (acute pain service) untuk rawatan kesakitan sebelum dan selepas pembedahan.
  3. Klinik Anestesia di tingkat 3 unit rawatan harian, untuk penilaian komprehensif pesakit sebelum pembedahan.
  4. ‘Remote anaesthesia’: memberi rawatan dan bius di luar untuk pesakit yang melalukan prosedur di luar dewan bedah.
  5. Rawatan rapi bagi pesakit kritikal di Unit Rapi (ICU) di dewan bedah.

 

Klinik Anestesia

Lokasi: Unit Rawatan Harian, Tingkat 3, HPUPM

Waktu Operasi: 8.30 am – 4.00pm (Isnin – Jumaat)

Tel: 03 9769 9854/9815

Updated:: 15/03/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
BVMEAxL~