Sudut Tamak Pahala HPUPM: Free Food | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» ACTIVITIES »

Event Title
Sudut Tamak Pahala HPUPM: Free Food
Date
04 Sep 2020 - 31 Dec 2023
Time
08.00 - 05.00
Location
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Event Summary
Alhamdulillah di HPUPM telah diadakan Sudut Tamak Pahala. Sehingga kini, ramai penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan dan membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan. Pihak kami mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk sama-sama memberi sokongan kepada program ini. FREE FOOD berkonsepkan belian Kupon Free Food di Lanai Café HPUPM. Kupon yang dibeli dengan harga dan menu tertentu boleh dipilih di Lanai Cafe. Kupon tersebut akan diletak di dalam rak yang berada di 5 lokasi di HPUPM iaitu : a. Pintu masuk Lanai Café b. Eskalator (berdekatan FMC) c. Hadapan pejabat MSSU d. Lobi Utama e. ResQ Bagi penyumbang luar HPUPM yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke: AKAUN BANK ISLAM Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia No akaun : 1401 4010 1566 83 Catatan : Sudut Tamak Pahala InshaaAllah sesiapa yang ingin memberi, inilah medium yang sesuai. Sesiapa yang memerlukan, jemput ambil. “Semoga setiap sumbangan kita memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.”

Updated:: 20/03/2023 [amirahhani]

HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXEaIAr~