Webinar Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Webinar Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021

ACTIVITIES

Event Title
Webinar Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021
Date
09 Oct 2021 - 09 Oct 2021
Time
10.00 - 12.00
Location
FB LIVE Hospital Pengajar UPM
Event Summary
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa program Webinar Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021 yang bertemakan ‘’Mental Health In An Unequal World’’ akan di adakan pada bulan Oktober 2021.


FORUM 1: PENYAKIT DUA 'KUTUB' EMOSI? KENALI BIPOLAR MOOD DISORDER

Penyakit Bipolar Mood Disorder adalah Penyakit yang dikenali penyakit dua 'kutub' emosi iaitu mania - depresi yang disebabkan dari gangguan bahan kimia dalam otak yang menyebabkan perubahan yang luar biasa dari segi emosi, tenaga, tahap aktiviti dan keupayaan individu menjalankan tugasan harian. Hendak tahu lebih lanjut?


FORUM 2: HUBUNGAN IBU BAPA DAN ANAK SEMASA PANDEMIK:

DEKAT DI MATA, TETAPI JAUH DI HATI?

Sebagai ibu bapa, membesarkan anak-anak pada suasana pandemik ini sangat mencabar. Anak-anak menghabiskan masa mereka di rumah menjalani pembelajaran 'online'. Ibu Bapa juga tidak terkecuali bekerja dari rumah. Tanpa kita sedari, anak-anak terdedah dengan gajet pada tempoh masa yang lebih dari sepatutnya. Apakah kesan yang berpanjangan mampu memberi kesan kepada institusi kekeluargaan? Ikuti Kami di Link Di bawah


Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform : ZOOM Meeting



Kesudian Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Setiap Peserta dari UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM.


LINK ZOOM DAFTAR DI SINI https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeZvqRmD2vAcWBd7lG4mV-d9i3woC7iCTavKaJl8YeKx1yuYw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0

Updated:: 06/10/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJOAz:14:54