TERAPI PEMAKANAN PERUBATAN | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » TERAPI PEMAKANAN PERUBATAN

ACTIVITIES

Event Title
TERAPI PEMAKANAN PERUBATAN
Date
19 Sep 2021 - 19 Oct 2021
Time
08.00 - 12.00
Location
Hospital Pengajar UPM
Event Summary
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena dengan Hari Dietitian Malaysia (Malaysia Dietitian Day) 2021 pada 19 September 2021 yang lalu, pihak kami telah menghasilkan video pengenalan perkhidmatan klinikal Pegawai Dietetik melalui 'Terapi Pemakanan Perubatan (Medical Nutrition Therapy, MNT).

Terapi Pemakanan Perubatan ialah pendekatan berdasarkan bukti kajian dalam merawat dan menguruskan masalah perubatan melalui pemakanan. Terapi Pemakanan Perubatan hanya eksklusif kepada peranan Pegawai Dietetik terhadap pesakit.

Video ini dihasilkan sebagai galakan daripada Malaysian Dietitians' Association (MDA) bagi mempromosikan peranan Pegawai Dietetik dalam kalangan orang awam, sejajar dengan tema Malaysian Dietitians' Day pada tahun ini iaitu 'Bulan Kesedaran Terapi Pemakanan Perubatan'.

Sila klik link di bawah untuk menonton video ini:
https://fb.watch/8afhGytYCo/

Dijemput juga untuk LIKE dan SHARE video ini untuk kebaikan bersama. Selamat menonton!

Bagi mendapatkan perkhidmatan Pegawai Dietetik di Klinik Diet HPUPM, sila hubungi menggunakan kaedah di bawah untuk mendapatkan tarikh dan masa temujanji;
Ext Jabatan : 03-97699108
Nom. Whatsapp Jabatan : 013-2227710
e-mail Jabatan : diet_hpupm@upm.edu.my

Sekian, terima kasih.

Updated:: 23/09/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJPAp:15:18