Program RewardS@S Tukarkan Barangan Kitar Semula Dengan Menebus Mata Ganjaran | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Program RewardS@S Tukarkan Barangan Kitar Semula dengan Menebus Mata Ganjaran

ACTIVITIES

Event Title
Program RewardS@S Tukarkan Barangan Kitar Semula dengan Menebus Mata Ganjaran
Date
23 Dec 2021 - 31 Dec 2022
Time
08.00 - 05.00
Location
Hospital Pengajar UPM
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg.Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PROGRAM KITAR SEMULA REWARDS@S TUKARKAN BARANGAN KITAR SEMULA DENGAN MENEBUS MATA GANJARAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) ke-779 pada 13 Oktober 2021 telah meluluskan cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alam Flora Environmental Solution (AFES). HPUPM bertindak sebagai peneraju kepada MoU ini dengan tujuan untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang pengurusan sisa kitar semula bagi merealisasikan hasrat UPM untuk terus mengungguli Green Metric University Ranking sejak tahun 2010.

3. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti kitar semula dirancang untuk diadakan di HPUPM dan UPM. Salah satu aktiviti yang telah dilancarkan pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman yang telah diadakan pada 23.12.2021 ialah Program RewardS@S Tukarkan Barangan Kitar Semula dengan Menebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas pada setiap pembuangan barangan kitar semula ke dalam tong rewardS@S yang terletak di Lobi EDU. Dengan mata ganjaran yang dikumpulkan Y.Bhg.Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh menebus mata di pelbagai outlet makanan dan minuman seperti di lampiran.

4. Untuk makluman, barangan kitar semula yang diterima hanya kertas, majalah, kotak, plastik, botol kaca, kotak, aluminium dan tin sahaja. Dilampirkan bersama carta alir pelaksanaan program untuk rujukan dan makluman semua. Semoga dengan bermulanya program ini dapat memupuk kesedaran dan membentuk budaya tentang kepentingan penjagaan dan pemulihan alam sekitar di kalangan warga HPUPM secara khusus dan masyarakat setempat secara amnya.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan Y.Bhg.Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh hubungi urusetia program di talian 03-9769 9017/9063. Kesudian dan sokongan Y.Bhg.Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan terhadap program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Langkah Kecil Anda Mampu Menyelamatkan Bumi"

Sekian.

Updated:: 29/12/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CVBUDAt:03:25