PROGRAM KESEDARAN ANTIBIOTIK 2021 | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » PROGRAM KESEDARAN ANTIBIOTIK 2021

ACTIVITIES

Event Title
PROGRAM KESEDARAN ANTIBIOTIK 2021
Date
18 Nov 2021 - 10 Dec 2021
Time
08.00 - 05.00
Location
Hospital Pengajar UPM
Event Summary
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/ Dato'Sri/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KESEDARAN ANTIBIOTIK 2021 HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, bersempena Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia 2021, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) akan mengadakan Program Kesedaran Antibiotik HPUPM 2021 sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 18 November hingga 10 Disember 2021
Tema : 'SEBARKAN KESEDARAN, HENTIKAN KERINTANGAN’ (Spread Awareness, Stop Resistance).

3. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti menarik akan disediakan sepanjang program ini berlangsung. Berikut merupakan antara aktiviti yang dianjurkan :

1. Majlis Perasmian dan Forum Kesedaran Antibiotik 2021 HPUPM- Terbuka kepada semua warga UPM,UPM Bintulu dan HPUPM
2. Explorace - Terhad kepada warga HPUPM sahaja
3. Clinicopathological Conference (CPC)- Terhad kepada warga HPUPM sahaja
4. Pertandingan Poster dan Video (Spread Awareness, Stop Resistance)- Terbuka kepada semua warga UPM,UPM Bintulu dan HPUPM

4. Pihak kami berbesar hati menjemput semua warga UPM turut sama menyertai program tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/ Dato'Sri/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan. Penyertaan adalah PERCUMA. Link penyertaan boleh dilakukan melalui capaian https://linktr.ee/AAW2021HPUPM

5. Kesudian dan sokongan YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/ Dato'Sri/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Updated:: 18/11/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJPAi:15:56