Marketing For Non-Marketers | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Marketing for Non-Marketers

ACTIVITIES

Event Title
Marketing for Non-Marketers
Date
05 Oct 2021 - 06 Oct 2021
Time
09.00 - 04.30
Location
Zoom Apps
Event Summary
Sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Pengajar UPM dengan kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM akan menganjurkan kursus Marketing for Non-Marketers secara atas talian. Kandungan latihan merangkumi aspek penyampaian perkhidmatan profesional, komunikasi profesional dan strategi perkhidmatan pelanggan dan akan disampaikan dalam format bengkel interaktif di mana peserta berpeluang untuk memahami bagaimana konsep pemasaran dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan khususnya kepada pesakit, kakitangan hospital dan semua pelanggan. Peserta juga akan diberi pendedahan tentang amalan terbaik dari hospital awam dan swasta di negara ini dan di seluruh dunia untuk memberikan contoh pemasaran perkhidmatan yang baik di industri ini.

Untuk menghadiri kursus ini dijemput untuk pendaftaran awal pada pautan seperti berikut:

https://forms.gle/QWgckDNJepA6EBkk9 *penyertaan adalah terhad!

Butiran latihan tersebut adalah seperti ketetapan di bawah :

SESI 2 - MANAGING SERVICE DELIVERY

Tarikh : 5 dan 6 Oktober 2021 (Selasa dan Rabu)

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi (05 Oktober: Slot 1)
: 9.00 pagi hingga 11.00 pagi (06 Oktober: Slot 2)
: 2.30 petang hingga 4.30 petang (06 Oktober: Slot 3)

Tempat : Pautan kursus adalah seperti berikut : https://zoom.us/j/98291933253?pwd=eFYwcXRKaDB6d0lWUXV4TnFyRTZmUT09
Meeting ID: 982 9193 3253

Peserta yang hadir ke latihan ini akan diberikan mata CPD.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungi terus Unit Pembangunan Profesional, Polisi & Governan HPUPM terdiri daripada Puan Nurfarashimah (smb 9064), Cik Shahrizan (samb. 9018), Cik Nur Hidayah (samb. 9032) dan Encik Alief Asraf (samb. 9075) bersedia membantu sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang kesulitan.

Nota: Staf Pentadbiran gred 29 dan ke atas digalakkan menyertai kursus yang dianjurkan.

Updated:: 06/10/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJPAs:15:54