Kursus Tatacara Pengurusan Fail Dan Rekod Kerajaan Serta Klasifikasi Fail | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » Kursus Tatacara Pengurusan Fail Dan Rekod Kerajaan Serta Klasifikasi Fail

ACTIVITIES

Event Title
Kursus Tatacara Pengurusan Fail Dan Rekod Kerajaan Serta Klasifikasi Fail
Date
04 Oct 2021 - 25 Oct 2021
Time
08.30 - 01.00
Location
Webex
Event Summary
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh / Salam Sejahtera,

YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bagi mencapai mencapai 18 Mata CPD latihan setahun (bersamaan 3 hari), Unit Pembangunan Profesional, Polisi & Governan HPUPM sentiasa membantu memenuhi keperluan latihan bagi meningkatkan nilai produktiviti perkhidmatan yang terbaik di Hospital Pengajar UPM.

3. Sehubungan dengan itu, Unit Pembangunan Profesional, Polisi & Governan HPUPM, Pejabat Pendaftar UPM dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan serta Klasifikasi Fail selama empat (4) hari bermula pada 4 Oktober 2021 (Isnin).

4. Butiran lengkap berkaitan kursus adalah seperti berikut :

Tajuk : Kursus Tatacara Pengurusan Fail Dan Rekod Kerajaan Serta Klasifikasi Fail

Pautan kursus : https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=me0c97d3e6f77a78fc786993cc97a42ce

Meting number : 2643 637 3682

Password : mhCyf8Vrp32

**Untuk menghadiri kursus ini, dimohon untuk melengkapkan borang di pautan berikut sebagai pendaftaran awal: https://forms.gle/BjNN7JeDtjdPrkmm6

4. Kursus ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif dalam memberi pendedahan kepada semua kakitangan tentang kaedah pengurusan fail dan rekod kerajaan serta meningkatkan pengetahuan terhadap kepentingan pengurusan rekod dan dokumentasi berdasarkan piawaian tertentu. Penyertaan dalam kursus ini akan diberi mata CPD Latihan UPM dan peserta tidak perlu mengisi Borang Latihan OJT/Pembelajaran Kendiri.

5. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungi terus Unit Pembangunan Profesional, Polisi & Governan HPUPM terdiri daripada Puan Nurfarashimah (smb 9064), Cik Shahrizan (samb. 9018), Cik Nur Hidayah (samb. 9032) dan Encik Alief Asraf (samb. 9075) bersedia membantu sekiranya tuan/puan menghadapi sebarang kesulitan.

Kerjasama dan komitmen YBhg.Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Updated:: 09/10/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJOAp:14:56