EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOSPITAL PENGAJAR UPM | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ACTIVITIES » EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOSPITAL PENGAJAR UPM

ACTIVITIES

Event Title
EDARAN BUBUR LAMBUK DI HOSPITAL PENGAJAR UPM
Date
30 Apr 2021 - 30 Apr 2021
Time
04.00 - 04.30
Location
Hospital Pengajar UPM
Event Summary
Berbesar hati ingin kami umumkan bahawa kutipan sumbangan yang telah dijalankan pada hari Rabu yang lepas telah mencapai sasaran yang dikehendaki. Jumlah kutipan yang diperolehi adalah sebanyak RM3,581.65. Oleh kerana hasil kutipan melebihi sasaran yang dikehendaki, pihak KKRS HPUPM akan menambah bilangan edaran bagi bubur lambuk pada jadual edaran yang seterusnya. Sehubungan itu, pihak KKRS HPUPM ingin mengucapkan setinggi - tinggi perhargaan dan terima kasih di atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan dari semua warga HPUPM dan kerjasama dari kakitangan PTPO dalam membantu membuat kutipan tersebut. Didoakan semoga segala urusan kalian dipermudahkan dan dikurniakan limpah rahmat serta keredhaan dariNya.

Justeru itu, seperti yang telah direncanakan pada hari ini akan diadakan edaran bubur lambuk di 2 lokasi di HPUPM pada jam 4.00 petang seperti berikut :


a) Lobi Utama - 250 pek

b) Pintu masuk berhampiran FMC - 250 pek


Di harap semua warga HPUPM dapat bersama - sama memeriahkan sesi pengambilan bubur lambuk tersebut disamping mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi segala SOP yang telah dtetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja.

Updated:: 30/04/2021 [amirahhani]

MEDIA SHARING

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
CUMJQAu:16:21