HPUPM Jadi Rujukan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» NEWS » HPUPM jadi rujukan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

HPUPM jadi rujukan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Serdang, 14 Julai – HPUPM berbesar hati menerima kunjungan lawatan kerja daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. ILKKM yang diketuai oleh Pengarah, En. Mohd Norazlan Abd Karim dan bersama 14 orang ahli pasukan yang sedang dalam siri lawatan ke institusi perubatan bagi mencari input untuk pembinaan kompleks bangunan perubatan yang baharu di Sungai Buluh. Kedatangan tetamu disambut oleh Prof. Madya Dr. Muhammad bin Hj Mohd Isa, Pengarah HPUPM yang telah menyampaikan sedikit taklimat berkaitan dengan perkembangan semasa hospital.


Seterusnya tetamu diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Jabatan sebelum dibawa melawat ke makmal-makmal di Jabatan Patologi dan Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi. Lawatan diakhiri dengan melawat kemudahan latihan yang disediakan di Pusat Pembelajaran dan Latihan, HPUPM.

Date of Input: 24/07/2020 | Updated: 24/07/2020 | hirfarizan

MEDIA SHARING

SEE ALSO
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXDdDA5~