PROGRAM KRIS – KARNIVAL AMBANG GEMA SYUKUR, MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» BERITA » PROGRAM KRIS – KARNIVAL AMBANG GEMA SYUKUR, MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR

PROGRAM KRIS – KARNIVAL AMBANG GEMA SYUKUR, MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD, KUALA LUMPUR

 

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2022 - Program Outreach KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) telah diadakan pada 31 Disember 2022 bersempena Karnival Ambang Gema Syukur bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. program yang telah berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang ini bertujuan untuk memperkenalkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) serta perkhidmatan yang ditawarkan di HPUPM keapada seluruh masyarakat Malaysia.

Antara aktivit program yang telah dijalankan adalah Saringan kesihatan merangkumi Tekanan darah (Blood Pressure), Bacaan Gula Rambang (Random Blood Glucose), Body Mass Index (BMI), Ketajaman Penglihatan (Visual Acuity), dan Konsultasi kesihatan. Terdapat juga beberapa pameran kesihatan seperti  Kaedah penyucian tangan yang betul (Amali), Kanser Kolorektal, Kanser payudara dan breast self examination (BSE), Kanser pangkal rahim (serviks), Kesan merokok kepada badan, Piramid makanan, dan Penyakit ateroskelorosis

Seramai 156 orang peserta komuniti telah diberi perkhidmatan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma. Aktiviti seperti ini juga mampu untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek penjagaan kesihatan kepada masyarakat. Seramai 3 orang Pakar/Pensyarah Perubatan, 2 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Jururawat, 1 orang Penolong pegawai Perubatan telah terlibat dalam menjayakan program ini. Selain staff HPUPM seramai 40 orang Pelajar Perubatan telah menyertai program tersebut bagi mendedahkan pelajar Program Perubatan (MD) kepada khidmat masyarakat.

 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 05/01/2023 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXEUHAh~