PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) NEGERI JOHOR | HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
» BERITA » PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) NEGERI JOHOR

PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) NEGERI JOHOR

 
22 & 23 OKTOBER 2022 | PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) NEGERI JOHOR
 
Bersempena Program KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) NEGERI JOHOR, HPUPM telah menyantuni komuniti di Perkarangan Masjid Jamek Sri Wangi dan Perkarangan Masjid Pekan Sri Medan Batu Pahat Johor pada 22 dan 23 Oktober 2022
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan memberikan perkhidmatan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat seperti pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah, indeks jisim badan (BMI) dan konsultasi kesihatan.
 
Program ini melibatkan sejumlah 13 orang petugas daripada HPUPM yang merangkumi kumpulan klinikal dan pentadbiran. Sejumlah 92 orang telah menerima manfaat dari program yang dijalankan & 12 orang telah dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk membuat rawatan susulan di klinik/hospital yang berdekatan. Pihak HPUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk disekitar Sri Wangi dan Sri Medan Batu Pahat dalam memberikan sokongan kepada program yang dijalankan.
______
Ikuti berita & maklumat hebahan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di:
Laman sesawang : https://hpupm.upm.edu.my/
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 02/11/2022 | Kemaskini: 02/11/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
HOSPITAL PENGAJAR UPM (HPUPM)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
SXDcQAo~