Program Kayuhan RIDE2FARM X HPUPM | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Program Kayuhan RIDE2FARM X HPUPM

Program Kayuhan RIDE2FARM X HPUPM

6 November 2022 – Hospital Pengajar UPM (HPUPM) telah mengadakan Pameran dan Saringan Kesihatan di Dewan Besar UPM sempena Program Kayuhan RIDE2FARM bersama Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dengan kerjasama UPM Cycling Club (UPMCC) yang juga turut mendapat sokongan dan kerjasama baik dari Selangor Youth Community (SAY) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).

 

HPUPM mengetengahkan pengenalan penyakit, kesan dan rawatan terkini dalam perkhidmatan yang telah disediakan khusus di HPUPM. Antara pameran yang diadakan adalah dari Unit Dermatologi berkaitan Jerawat, Jabatan Urologi berkaitan Kanser Prostate dan Unit Kecemasan Strok (RESQ) berkaitan Stroke Rehabilitasi.

 

 

Aktiviti ini dijalankan serentak bersama program RIDE2FARM dengan memberikan perkhidmatan pemeriksaan asas kesihatan secara percuma seperti semakan Indeks Jisim Tubuh (BMI), Tekanan Darah, Ujian pemeriksaan Glukosa dalam darah dan konsultasi kesihatan percuma bersama doktor pakar.

 

Disamping pameran, HPUPM juga telah menyediakan slot pembentangan dari doktor dan jururawat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Pengajar UPM.

 

 

 

Ikuti berita & maklumat hebahan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di:

 

Facebook               :  https://www.facebook.com/hpupm/

Instagram               : https://www.instagram.com/hpupm/

Twitter                   : https://twitter.com/hpupm

Laman sesawang     : https://hpupm.upm.edu.my/

Tarikh Input: 07/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
03 9769 5500
-
BVLdWA:22:48