LAWATAN PENILAI LUAR PROGRAM BACELOR SAINS PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI DENGAN KEPUJIAN KE FASILITI HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » LAWATAN PENILAI LUAR PROGRAM BACELOR SAINS PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI DENGAN KEPUJIAN KE FASILITI HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAWATAN PENILAI LUAR PROGRAM BACELOR SAINS PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI DENGAN KEPUJIAN KE FASILITI HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

12 Oktober 2022

Serdang- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Satu Lawatan Penilai Luar Program Bacelor Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti Dengan Kepujian ke fasiliti Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Perubatan.

Program ini dihadiri oleh Emeritus Profesor Dr Barrie Margetts dari University of Southampton, UK dan di iringi oleh Prof. Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, Timbalan Dekan Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Dr. Nurzalinda Zalbahar.

Lawatan sekitar fasiliti HPUPM melibatkan beberapa bahagian seperti klinik pemeriksaan kesihatan, pengurusan berat badan Klinik Putra WeFit, jabatan dietetik (klinik diet dan dapur), jabatan perubatan keluarga dan unit kesihatan awam.

lawatan ini bertujuan sebagai penanda aras bagi penilaian program yang akan berlangsung selama 5 hari yang akan diadakan pada 11 - 14hb Oktober 2022.

Setiap singgahan Emeritus Profesor Dr Barrie Margetts di fasiliti telah disambut oleh wakil jabatan masing-masing dengan menyediakan satu pembentangan mengenai perkhidmatan serta fungsi unit.

Antara yang terlibat adalah, wakil Jabatan Dietetic, Encik Asri dan Puan Noor Farahanim, wakil Jabatan Perubatan Keluarga, Dr Parvez, Unit Kesihatan Awam oleh Dr Suhainizam dan sesi perkongsian ilmu itu telah di akhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

 

___________________

Ikuti berita & maklumat hebahan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di:

Facebook                :  https://www.facebook.com/hpupm/

Instagram               : https://www.instagram.com/hpupm/

Twitter                   : https://twitter.com/hpupm

Laman sesawang     : https://hpupm.upm.edu.my/

 

 
 
 
 
 

Tarikh Input: 12/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
03 9769 5500
-
BVLdVA2:21:50